Sabtu, 16 Februari 2013

Kenali nafsu

NAFSU

Jangan silap faham tau.... ini bukan entri seks atau lucah sebagaimana anda bayangkan tapi entri pendedahan tentang kebenaran.

Dosa tau buat cerita seks ni, walaupun berbaur seks tapi sekadar pengetahuan untuk dikongsikan bersama.

Sahabat,
Fahami dengan baik untuk tidak menjadi manusia yang sesat dalam cahaya atau lapar dalam kenduri kerana kedua duanya sdalah salah kita sendiri yang rasa dah pandai sedangkan kita tak tahu apa apa.

Sahabat,

Pengalaman dewasakan minda, umur dewasakan fizikal dan pendekan tempoh berbaki kontrak hidup kita didunia. Jadi, baki yang madih tersisa kita gunakan dengan baik dan berkesan.

Nafsu♡♥?
Jika minda kita fikirkan seks, kita silap besar kerana seks hanya satu bahagian kecil dari nafsu.
Nafsu adalah suatu perkara yang besar dan bersifat global, mempunyai pelbagai bentuk dan bersifat elastik  dan sentiasa berubah mengikut perubahan masa serta zaman

Nafsu adalah anugerah yang amat besar kepada kita, tanpa nafsu kita akan berada di alam yang tak pasti. Dengan nafsulah kita meneruskan kehidupan dengan baik dan bermakna serta mengenali pelbagai perasaan samada baik atau buruk.

Sahabatku,
Tanpa nafsu bagaimana kita ada selera untuk makan, minum, bersetubuh atau meneruskan kehidupan sebagaimana hari ini,.Cuma.. kita perlu  tahu yang mana satu nafsu baik dan nafsu jahat walaupun nafsu itu sebenarnya satu.


Cukuplah dulu pengenalan tentang nafsu untuk dikongsikan pada kali ini,saya akan pandu anda untuk berkenalan dengan nafsu seterusnya memahami kekuatan dan kelemahan nafsu .

Nantikan entri seterusnya NAFSU 1

selamat berkenalan♥♡@#:

.nuffnang